My Chemical Romance
My Chemical Romance | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | New Jersey dan Newark , Amerika Syarikat |
| Genre | Rock alternatif, subgenre lain |
| Tahun aktif | 2001–2013 |
| Diskografi | Karya terkenal |
| Syarikat rakaman | Reprise Records Eyeball Records (en) Warner Music Group |
| Kegiatan berkaitan | Pencey Prep Leathermouth |
| Anggota | Matt Cortez (–2007) Bob Bryar (2004–2010) Matt Pelissier (2001–2004) Gerard Way Ray Toro Mikey Way Frank Iero James Dewees |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | mychemicalromance.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
My Chemical Romance (singkatannya MCR atau My Chem) merupakan satu kumpulan muzik rock yang berasal dari Amerika Syarikat dan ditubuhkan pada 2001. Ahli terkini ialah Gerard Way, Mikey Way, Frank Iero dan Ray Toro
Kumpulan ini melengkapkan kejayaan album sebelumnya dengan album konsep 2006 mereka, "The Black Parade" yang mendapat ulasan umum yang positif di kalangan pengkritik muzik dan mendapat sijil platinum berganda di Amerika Syarikat dan Inggeris, satu-satunya platinum berkembar. Setelah pemergian pemain drum lama Bob Bryar pada bulan Mac 2010, band ini melancarkan album studio keempat mereka, "Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys" pada bulan November tahun yang sama dan mendapat ulasan positif. Kumpulan ini menggantikan Bryar dalam konsert jelajah dengan pemain drum termasuk Michael Pedicone dan Jarrod Alexander.
Selepas penambahan keyboardist tour James Dewees pada tahun 2012 dan pelancaran "Conventional Weapons" iaitu siri single yang dirakam pada tahun 2009, Kumpulan ini mengumumkan pembubarannya pada 22 Mac 2013, satu bulan setelah keluaran terakhir siri "Conventional Weapons". Selepas perpisahan kumpulan ini, sebuah album hits terhebat berjudul "May Death Never Stop You" dikeluarkan pada bulan Mac 2014.
Penerbitan ulang tahun kesepuluh "The Black Parade", yang diberikan judul "The Black Parade / Living with Ghosts" dikeluarkan pada bulan September 23, 2016
Band ini bersatu kembali dari pandangan umum pada tahun 2017 dan mengumumkan konsert reunion pada 31 Oktober 2019, yang berlangsung di Los Angeles pada 20 Disember 2019.