Muzium Seni Moden
Muzium Seni Moden atau Museum of Modern Art (MoMA /ˈmoʊmə/) merupakan muzium seni yang terletak di Midtown Manhattan, New York City, Amerika Syarikat. Dianggap sebagai salah satu muzium seni terbesar dan berpengaruh di dunia, MoMA membangunkan dan mengumpul seni-seni moden termasuk hasil kerja seni bina dan reka bentuk, lukisan, seni lukis, seni ukir, fotografi, cetak saring, buku ilustrasi, filem dan media elektronik.
Perpustakaan MoMA memempatkan kira-kira 300,000 buah buku dan katalog pameran, lebih 1,000 judul terbitan berkala, dan lebih 40,000 fail ephemera mengenai artis samaada persendirian mahupun berkumpulan. Arkibnya pula menyimpan bahan-bahan sumber utama mengenai sejarah seni moden dan kontemporari.