Muzik kawad atau muzik perbarisan (march) adalah gubahan muzik bercirikan irama teratur dan kuat. Muzik jenis ini secara khusus diciptakan untuk meningkatkan keteraturan dalam perbarisan sebuah kelompok besar, terutama barisan askar tentera, dan paling sering dimainkan oleh korps muzik tentera.