Sanggita Karnataka
Sanggita Karnataka (Sanskrit: कर्णाटक संगीत, rumi: Karnāṭaka saṃgīta "persenyanyian Karnataka") adalah aliran muzik klasik yang berasal dari Karnataka tempat berdirinya ibukota kerajaan Vijayanagara meluas serantau selatan tanah India termasuk Andhra Pradesh, Kerala, dan Tamil Nadu dikembangkan hasil kandungan teks Hindu iaitu Samaweda.
Kata संगीत saṃgīta (lakuran सम sama "mirip" dan गीत gīta "nyanyian" sekaligus "nyanyian bersama, senyanyian") sendirinya merangkap aturan unsur-unsur irama (वाद्य vādya) dan rentak (ताल tāla) dimainkan pada alat yang diterapkan ke dalam sesebuah lagu gubahan (गीत gīta) serta cara persembahannya termasuk tarian yang mengiringi (नृत्य nṛtya).