Mustafa b. Osman
Mustafa bin Osman | |
|---|---|
| Komisioner Jeneral Penjara | |
| Dalam jawatan 17 Oktober 2001 – 1 Jun 2009 | |
| Didahului oleh | Datuk Omar b. Dan |
| Digantikan oleh | Dato' Seri Zulkifli b. Omar |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 21 Ogos 1954 Pontian, Johor |
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"
Yang Berbahagia Datuk Mustafa b. Osman telah dilahirkan pada 21 Ogos 1954 di Pontian, Johor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Temenggung Abd. Rahman dan kemudian pendidikan menengah di Sekolah Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau kemudian melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Sains Kemasyarakatan (1974-1979).
Datuk Mustafa b. Osman merupakan bekas Komisioner Jeneral Penjara Malaysia yang dilantik bagi menggantikan Datuk Omar b. Mohamed Dan. Datuk Mustafa bertugas sebagai Komisioner Jeneral Penjara dari 17 Oktober 2001 - 1 Jun 2009. Beliau kemudinnya digantikan oleh Datuk Wira Zulkifli b. Omar.