Mustafa Barghusi

Dr.
Mustafa Barghusi
Mustafa pada 2007
Setiausaha Agung Inisiatif Kebangsaan Palestin
Menyandang jawatan
17 Jun 2002
Didahului olehPenyandang sulung
Menteri Penerangan Palestin
Dalam jawatan
Mac 2007 – Jun 2007
PresidenMahmud Abbas
Perdana MenteriIsmail Haniyeh
Didahului olehYusuf Rizkah
Digantikan olehRiyad al-Maliki
Setiausaha Agung Parti Rakyat Palestin
Dalam jawatan
1991–2002
Maklumat peribadi
Lahir
Mustafa Kamil Mustafa Barghusi
مصطفى كامل مصطفى البرغوثي

(1954-01-01) 1 Januari 1954
Baitulmaqdis
Parti politikInisiatif Kebangsaan Palestin (2002-kini)
PekerjaanDoktor perubatan, ahli politik

Mustafa Barghusi (Arab: مصطفى البرغوثي; lahir pada 1 Januari 1954) ialah seorang ahli perubatan, politik dan aktivis Palestin yang berkhidmat sebagai Setiausaha Agung Inisiatif Kebangsaan Palestin (PNI, atau dikenali juga sebagai Al-Mubadarah). Beliau ialah anggota Majlis Perundangan Palestin sejak 2006 dan juga menjadi anggota Majlis Pusat Pertubuhan Pembebasan Palestin. Pada 2007, Mustafa dilantik sebagai Menteri Penerangan bagi kerajaan perpaduan Palestin. Pemilihan beliau dipersetujui oleh kedua-dua parti pemerintah utama, Fatah dan Hamas walaupun beliau bukan anggota kedua-duanya.

Beliau pernah menjadi Setiausaha Agung Parti Rakyat Palestin dan menjadi anggota Majlis Kebangsaan Palestin.