Music Bank (rancangan TV)
| Music Bank | |
|---|---|
| Genre | Muzik, hiburan |
| Pengacara |
|
| Negara asal | Korea Selatan |
| Bahasa | Korea |
| Bilangan musim | 16 |
| Bilangan episod | 1,232 (sehingga 6 Desember 2024) |
| Penerbitan | |
| Tempoh siaran | 90 minit |
Syarikat penerbitan | KBS Entertainment Production Department |
| Penyiaran | |
| Saluran asal | KBS2 |
| Format gambar | 1080i (ATSC) |
| Format audio | Stereo |
| Siaran asal | 16 Jun 1998 – kini |
Music Bank (Korea: 뮤직뱅크, Melayu: Bank Muzik) ialah sebuah rancangan televisyen muzik Korea Selatan yang disiarkan setiap hari Jumaat jam 5:00 petang KST di KBS2. Pada tahun 2015, rancangan ini juga disiarkan di lebih dari seratus buah negara melalui KBS World. Episod difilemkan di KBS New Wing Open Hall di Yeouido-dong, Daerah Yeongdeungpo. Rancangan ini juga menganjurkan konsert langsung global Music Bank World Tour. Rancangan ini dihoskan oleh Park Min-ju Illit dan Moon Sang-min sejak 4 Oktober 2024.