Murai Eropah
| Murai Eropah | |
|---|---|
| Di Lancashire, England | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Passeriformes |
| Keluarga: | Muscicapidae |
| Genus: | Erithacus Cuvier, 1800 |
| Spesies: | E. rubecula
|
| Nama binomial | |
| Erithacus rubecula (Linnaeus, 1758)
| |
| Subspecies | |
|
7–10, lihat teks. | |
| Musim panas Sepanjang tahun Musim sejuk | |
| Sinonim | |
|
Motacilla rubecula Linnaeus, 1758 | |
Murai Eropah (Erithacus rubecula), atau ringkasnya dikenali sebagai murai (bahasa Inggeris : robin) atau murai dada merah di British Isles, adalah satu spesies burung passerine bersaiz kecil dari genus chat. Dulunya ia dikelaskan sebagai anggota dalam keluarga murai batu, (Turdidae) tetapi kini dianggap sebagai anggota dalam burung Sambar Dunia Lama. Ia mempunyai saiz 12.5–14.0 sm (5.0–5.5 inci) panjang, burung jantan dan betina mempunyai warna bulu yang sama, dengan dada dan garis mata berwarna oren, bahagian atas berwarna coklat dan perut berwarna keputihan. Ia boleh ditemui di seluruh Eropah, timur Siberia Barat dan selatan Afrika Utara; ia tinggal tetap di kebanyakan kawasan taburannya kecuali di kawasan yang terletak jauh di utara.
Istilah murai atau robin juga terpakai untuk beberapa spesies burung dalam keluarga lain dengan warna bulu dada merah atau oren. Ia termasuklah murai Amerika (Turdus migratorius), yang mana adalah seekor murai batu, dan murai Australasia dalam keluarga Petroicidae, meskipun hubungannya masih tidak jelas.