Eduard Douwes Dekker

Eduard Douwes Dekker
Lahir(1820-03-02)2 Mac 1820
Amsterdam, Belanda
Meninggal dunia19 Februari 1887(1887-02-19) (umur 66)
Ingelheim, Rhiein, Jerman
PekerjaanPenulis, dramawan
WarganegaraBelanda

Eduard Douwes Dekker (2 Mac 1820 - 19 Februari 1887) atau dikenali pula dengan nama pena Multatuli (dari frasa bahasa Latin multa tuli: "banyak yang aku sudah derita"), adalah penulis Belanda yang terkenal dengan Max Havelaar, novel satira tahun 1860 dikaryakan beliau yang berisi kritikan terhadap perlakuan buruk para penjajah Belanda terhadap orang-orang peribumi Hindia Belanda (atau Indonesia moden).

Beliau disanjung sebagai salah seorang penulis terhebat Belanda kerana gaya pengkaryaannya yang radikal dan bersahaja berbanding penulisan Belanda yang sezamannya