Muhammad Rizalman Ismail

Muhammad Rizalman Ismail (38 tahun) merupakan Pegawai Waran II , Kementerian Pertahanan Malaysia (Mindef) dan dituduh pecah rumah, merompak dan cubaan merogol semasa bertugas di Wellington, New Zealand pada 9 Mei 2014.

Rizalman adalah pembantu staf pertahanan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand . Beliau mendapat status Kekebalan Diplomatik dari Kerajaan Malaysia yang bermaksud tidak boleh dihadapkan ke mahkamah di negara tuan rumah .