Muhammad Iqbal
Sir Muhammad Iqbal (Urdu: محمد اقبال) (November 9, 1877 – April 21, 1938), juga dikenali sebagai Allama Iqbal (علامہ اقبال), ialah seorang ahli falsafah, pemuisi dan ahli politik di India British yang dianggap umum sebagai pengilham Pergerakan Pakistan. Beliau dikira seorang daripada tokoh terkemumuka dalam sastera Urdu, dan berkarya dalam bahasa-bahasa Urdu dan Parsi.
Iqbal disanjung sebagai seorang pemuisi klasikal bukan sahaja oleh para sarjana Pakistan, tetapi juga para sarjana India, Iran dan negara-negara lain. Walaupun Iqbal lebih dikenali sebagai seorang penyair terkenal, namun beliau juga adalah seorang yang sangat terkenal "pemikir falsafah Islam zaman moden". Buku puisi pertama beliau, Asrar-e-Khudi (Rahsia Diri), tampil dalam bahasa Parsi pada tahun 1915. Buku-buku puisi lain termasuk Rumuz-i-Bekhudi, Payam-i-Mashriq dan Zabur-i-Ajam. Antara kerja-kerja puisi beliau, karya bahasa Urdu yang paling terkenal ialah Bang-i-Dara, Bal-i-Jibril, Zarb-i Kalim (Tongkat Musa) dan sebahagian daripada Armughan-e-Hijaz (Hadiah dari Hijaz).
Di Iran dan Afghanistan, beliau terkenal sebagai Iqbāl-e Lāhorī (اقبال لاهوری) (Iqbal dari Lahore), dan beliau amat diminati buat karya bahsa Parsinya. Selain daripada puisi Urdu dan Parsi, syarahan dan persuratan Iqbal dalam bahasa Urdu dan Inggeris juga berpengaruh dalam pertikaian sosial, keagamaan dan politik.