Muhammad Ali dari Mesir
| Muhammad Ali Pasha Mehmet Ali Pasha Kavalalı Mehmet Ali Paşa محمد علی پاشا المسعود بن آغا محمد علي باشا | |
|---|---|
| Wāli Mesir, Sudan, Sham, Hejaz, Morea, Thasos, Kriti | |
Sebuah potret Muhammad Ali Pasha pada tahun 1840 karya oleh Auguste Couder | |
| Pemerintahan | 17 Mei 1805 – 2 Mac 1848 |
| Didahului oleh | Ahmad Khurshid Pasha |
| Diikuti oleh | Ibrahim Pasha |
| Keputeraan | 4 Mac 1769 Kavala, Makedonia, Eyalet Rumeli, Empayar Uthmaniyah (kini di Yunani) |
| Kemangkatan | 2 Ogos 1849 (umur 80) Istana Ras el-Tin, Iskandariyah, Eyalet Mesir, Empayar Uthmaniyah (kini di Mesir) |
| Pemakaman | Masjid Muhammad Ali, Cairo Citadel, Mesir |
| Isteri |
|
| Anakanda | Tevhida Ibrahim Pasha Tusun Pasha Isma'il Hatice (a.k.a. Nazli) Sa'id Pasha Hassan Ali Sadik Bey Muhammad Abdel Halim Muhammad Ali yang Muda Fatma al-Ruhiya Zeinab |
| Bahasa Albania | Mehmet Ali Pasha |
| Bahasa Arab | محمد علي باشا |
| Bahasa Turki | Kavalalı Mehmet Ali Paşa |
| Bahasa Turki Uthmaniyah | محمد علی پاشا المسعود بن آغا |
| Wangsa | Dinasti Muhammad Ali |
| Ayahanda | Ibrahim Agha |
| Bonda | Zeinab |
| Agama | Islam Bektashi, Islam Alevi |
Muhammad Ali Pasha al-Mas'yd ibn Agha (Turki Uthmaniyah: محمد علی پاشا المسعود بن آغا; محمد علي باشا / ALA-LC: Muḥammad 'Alī Bāshā; albania: Mehmet Ali Pasha; turki: Kavalalı Mehmet Ali Paşa; 4 Mac 1769 – 2 Ogos 1849) adalah seorang komander tentera Uthmaniyah berbangsa Albania yang dinaikkan pangkat menjadi Pasha, kemudiannya menjadi Wāli, dan seterusnya mengisytiharkan dirinya sebagai Khadiwah Mesir dan Sudan. Beliau dianggap sebagai bapa Mesir moden atas langkah-langkah pembaharuan yang dilakukan ke atas negara tersebut dari segi ketenteraan, ekonomi dan budaya. Dinasti yang diasaskan oleh beliau memerintah kawasan hulu dan hilir Mesir serta Sudan sehinggalah kerajaan tersebut digulingkan pada 1952.