Muhammad Adib Mohd Kassim
Muhammad Adib | |
|---|---|
| Kelahiran | Muhammad Adib bin Mohd Kassim 28 Mei 1994 |
| Meninggal dunia | 17 Disember 2018 (umur 24) Institut Jantung Negara, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Nama lain | Adib Bomba |
| Pekerjaan | Ahli bomba |
| Terkenal kerana | cedera parah dipukul perusuh ketika rusuhan kuil di Subang |
Muhammad Adib bin Mohd Kassim (28 Mei 1994 – 17 Disember 2018) merupakan seorang ahli bomba Malaysia yang pernah berkhidmat di Balai Bomba Subang Jaya. Beliau telah disahkan meninggal dunia selepas 21 hari dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN). Adib dikenali ramai kerana mendapat liputan akhbar di seluruh Malaysia akibat menjadi mangsa rusuhan kuil pada 27 November 2018.