Muhammad Salleh bin Perang

Allahyarham Dato' Muhammad Salleh bin Daeng Perang SPMJ (1841 – 2 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara Luar memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran kerajaan Johor. Tugas utama beliau ialah merancang pembangunan negeri Johor dan Dato' Muhammad Salleh bin Daeng Perang ini juga ialah seorang NEGARAWAN, ahli bahasa, perancang bandar, juru ukur, jeneral, ahli inovasi, pendakwah, sastrawan, juru bahasa, budayawan, negarawan dan seniman muzik (Dato' Muhammad Salleh bin Daeng Perang Berketurunan Wangsa Diraja Bugis Luwu, Sulawesi).