Mufti Kelantan

Mufti Kerajaan
Penyandang
Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad
sejak 1 Januari 2008 (2008-01-01)
Jabatan Mufti Negeri Kelantan
GelaranSahibus Samahah
Bidang kuasaKelantan
InstitusiJemaah Ulama Kelantan dan Jabatan Mufti Negeri Kelantan
Dilantik olehSultan Kelantan
Dibentuk1893 (1893)
Pemegang pertamaHaji Nik Wan Daud Wan Sulaiman
Timbalan/naibNik Abdul Kadir Nik Mohamad
Tapak webhttps://mufti.kelantan.gov.my/
sunting ยท sunting di Wikidata

Mufti Kerajaan Negeri Kelantan ialah pegawai agama yang bertanggungjawab dalam membuat fatwa di Kelantan. Penyandang jawatan ini merupakan ketua bagi Jabatan Mufti Kelantan. Di awal penubuhan jawatan ini, Mufti Kerajaan Negeri mengetuai Majlis Mesyuarat Agama yang ditubuhkan pada 1893.

Penyandang semasa jawatan ini ialah Dato' Kaya Perba Dato' Haji Mohamad Shukri Mohamad yang dilantik pada 1 Januari 2008.