Morgan Tsvangirai

Morgan Tsvangirai
Perdana Menteri Zimbabwe ke-2
Dalam jawatan
15 Februari 2009 – 11 September 2013
PresidenRobert Mugabe
TimbalanThokozani Khuphe
Arthur Mutambara
Didahului olehRobert Mugabe (1987)
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Presiden Pergerakan untuk Perubahan Demokratik
Dalam jawatan
30 September 1999 – 14 Februari 2018
Didahului olehGibson Sibanda
Digantikan olehNelson Chamisa (pemangku)
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Zimbabwe
Dalam jawatan
10 Mei 1987 – 30 September 1999
Didahului olehMasotsha Ndhlovu
Digantikan olehWellington Chibebe
Maklumat peribadi
Lahir
Morgan Richard Tsvangirai

(1952-03-10)10 Mac 1952
Gutu, Rhodesia Selatan
(kini Zimbabwe)
Meninggal dunia14 Februari 2018(2018-02-14) (umur 65)
Johannesburg, Afrika Selatan
Parti politikKesatuan Kebangsaan Afrika Zimbabwe (sebelum 1987)
ZANU-PF (1987–1999)
Pergerakan untuk Perubahan Demokratik (1999–2005)
Pergerakan untuk Perubahan Demokratik-Tsvangirai (2005–kini)
PasanganSusan Mhundwa (k. 1978; her death 2009)
Elizabeth Macheka (k. 2011)
Anak7
Tandatangan
Laman webLaman sesawang pemerintah
Laman sesawang parti

Morgan Richard Tsvangirai (IPA bahasa Shona /ts͡ɸaŋgiˈra.i/), 10 Mac 1952 – 14 Februari 2018) ialah Perdana Menteri Zimbabwe dari tahun 2009 hingga 2013.

Beliau juga Presiden Pergerakan untuk Perubahan Demokratik (MDC), iaitu parti yang meraih majoriti di parlimen Zimbabwe, dan juga pembangkang utama terhadap presiden Zimbabwe, Robert Mugabe. Beliau bertanding pusingan pertama pilihan raya presiden 2008, dan meraih 47.8% undian seperti yang diumumkan kerajaan Mugabe, maka meletakkannya di hadapan Mugabe yang meraih 43.2%, tetapi tidak memadai untuk meraih majoriti mudah yang ditetapkan undang-undang Zimbabwe.

Parti MDC Tsvangirai mengaku bahawa, dari kiraan mereka sendiri mereka sudah meraih majoriti mudah, serta mendakwa keputusan sebenar mungkin diubah-ubah bila-bila dari waktu pilihanraya hingga laporan keputusan rasmi. Mula-mulanya Tsvangirai hendak bertanding dalam pusingan kedua menentang Mugabe, tetapi menarik diri di saat akhir kerana mendakwa pilihan raya tidak akan dijalankan dengan adil akibat keganasan dan penindasan berleluasa oleh penyokong kerajaan.