Monumen sejarah (Perancis)

Monumen sejarah (Perancis: Monument historique) merupakan tapak warisan negara bagi Republik Perancis. Ia juga merujuk kepada tatacara dalam negeri di Perancis bagi melindungi warisan negara seperti bangunan, bahagian tertentu pada sesebuah bangunan, taman, jambatan atau binaan lain, di mana ia memberi kepentingan kepada warisan budaya dan seni bina Perancis. Binaan–binaan milik pemerintah dan pihak persendirian boleh disenaraikan dalam tatacara ini begitu juga kepada objek–objek yang boleh alih.