Shonen Jump Bulanan
Monthly Shonen Jump (月刊少年ジャンプ, Gekkan Shōnen Janpu) merupakan majalah manga bulanan yang diterbitkan di Jepun oleh Shueisha sejak 6 Februari, 1970. Majalah kembarnya berjudul Weekly Shonen Jump. Majalah manga Shōnen di Jepun dalam era 1980-an bertumpu pada watak-watak bishōjo, dan Monthly Shonen Jump lebih menonjol disebabkan jumlah produk yang dimilikinya pada era itu sehingga zaman 1990-an. Pada 22 Februari 2007, Shueisha mengumumkan bahawa Monthly Jump akan menghentikan penerbitannya selepas isu bulan Julai (dijual pada 6 Jun 2007.) Jualan telah menurun kepada ketiga puncak majalah tersebut, walaupun bagitu sebuah majalah baru akan mengambil alih tempatnya.
Dalam surat bertarikh 2 Mei 2007, Shueisha telah mengumumkan bahawa Claymore akan berhenti untuk sebulan tetapi masih bersambung di Weekly Shonen Jump bersama-sama Gag Manga Biyori, Rosario to vampire dan Tegami Bachi.