Monsun
Monsun (Jawi: مونسون), atau tengkujuh (Jawi: تڠکوجوه), pada mulanya memaksudkan angin pembalik bermusim yang diiringi oleh perubahan musim dalam kerpasan, tetapi kini pula menyifatkan perubahan bermusim dalam peredaran atmosfera dan kerpasan. Sistem-sistem monsun utama di dunia terdiri daripada monsun Afrika Barat dan monsun Asia-Australia, tetapi mungkin juga termasuk sekali monsun Amerika Utara dan Amerika Selatan yang mengalami pembalikan angin yang tidak lengkap.
Dalam bidang hidrologi, dikira bahawa curahan hujan monsun berlaku di mana-mana kawasan yang menerima kebanyakan besar hujannya pada musim tertentu; oleh itu hujan monsun bukan sahaja turun di kawasan monsun bahkan juga tempat-tempat lain di dunia yang mengalami curahan hujan sedemikian (iaitu tidak dipastikan kewujudan sistem monsun).