Mokharul Shamsul Mokhtar
Asey | |
|---|---|
| Kelahiran | Mokharul bin Shamsul Mokhtar 13 Januari 1973 |
| Meninggal dunia | 24 Mei 2019 (umur 46) |
| Pekerjaan | Penerbit filem |
| Tahun aktif | 2008–2019 |
Mokharul Shamsul Mokhtar (13 Januari 1973 – 24 Mei 2019) yang lebih dikenali sebagai Asey, merupakan seorang penerbit filem Malaysia. Beliau terkenal sebagai penerbit filem M4M4 dan Jodoh Syaitan terbitan syarikat Da Motion Media miliknya.
Beliau meninggal dunia pada 24 Mei 2019 akibat dilanggar sebuah van ketika menukar tayar kenderaan miliknya yang pancit di Jalan Kuching berdekatan Bulatan Segambut di Kuala Lumpur.