Mohel
Mohel (Bahasa Ibrani: מוֹהֵל [moˈhel], Ashkenazi pronunciation [ˈmɔɪ.əl], plural: מוֹהֲלִים mohalim [mo.haˈlim], Aramia Imperial: מוֹהֲלָא mohala, "tukang khatan") ialah orang Yahudi yang terlatih dalam amalam brit milah, "kovenan khatan."
Mengikut undang-undang Yahudi tradisional, jika tiada lelaki Yahudi yang pakar, seorang wanita yang mempunyai kemahiran melakukan amalan khatan ini dibenarkan untuk melakukan, asalkan wanita tersebut adalah Yahudi. Agama Yahudi bukan ortodok membenarkan mohels wanita, yang digelar mohalot (Ibrani: מוֹהֲלוֹת, plural מוֹהֶלֶת mohelet, feminin mohel), tanpa sebarang halangan. Pada tahun 1984, Dr. Deborah Cohen menjadi mohelet Yahudi berkelayakan pertama; beliau diiktiraf oleh program Berit Mila Yahudi Pembaharuan.