Mohd Zuhdi Marzuki
Dr Mohd Zuhdi Marzuki | |
|---|---|
| Pengarah Pusat Penyelidikan PAS | |
| Dalam jawatan 2015–2017 | |
| Didahului oleh | Dzulkefly Ahmad |
| Digantikan oleh | Zainal Abidin Kidam |
| Maklumat peribadi | |
| Parti politik | PAS |
| Kediaman | Perak |
| Pekerjaan | Ahli politik |
Dr Mohd Zuhdi Marzuki adalah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia PAS. Beliau merupakan mantan pensyarah di Jabatan Pengajian Sains dan Teknologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya. Selepas memilih bersara awal dari perkhidmatan di Universiti Malaya pada tahun 2016, beliau telah dilantik sebagai Rektor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad KUIZM, sebuah kolej pengajian tinggi yang dimiliki oleh PAS. Apabila kerajaan Pakatan Harapan tumbang dan diganti dengan kerajaan baru Perikatan Nasional pada 1 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato Sri Tuan Ibrahim Tuan Man. Di peringkat parti PAS pula, beliau pernah menjawat jawatan Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan pernah memegang potfolio seperti Pengarah Jabatan Pelajar PAS dan Pengarah Institut Polisi Studi Dewan Pemuda PAS Pusat. Beliau juga pernah memegang Pengarah Pusat Penyelidikan PAS yang bertanggungjawab dengan hal ehwal strategi dan penyelidikan bagi PAS. Beliau telah dicalonkan bertanding mewakili PAS di Parlimen Shah Alam pada Pilihanraya Umum ke-14 tahun 2018. Sekarang beliau merupakan Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.