Mohd Roslan Mohd Nor

Profesor Dr
Mohd Roslan Mohd Nor
M.Litt. (UK), Ph.D (UIAM)
Setiausaha Agung
Persatuan Ulama Malaysia
Menyandang jawatan
2009
Didahului olehAbu Bakar Mohd Daud
Maklumat peribadi
Tempat belajarUniversiti Aberdeen, Universiti Abertay dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Profesor Dr Mohd Roslan Mohd Nor ialah seorang ahli akademik di Malaysia. Beliau ialah Setiausaha Agung Persatuan Ulama Malaysia sejak 2009. Beliau ialah profesor di Jabatan Sejarah dan Ketamadunan Islam, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya. Beliau turut giat dalam menghasilkan penulisan berkaitan Baitulmaqdis dan pemikiran Islam.

Mohd Roslan dilantik sebagai salah seorang Ahli Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan bagi penggal 2021-2024.