Mohd Noor Kadir

Mohd Noor Kadir
Kelahiran
Mohd Noor bin Abdul Kadir

1953 (1953)
Meninggal dunia29 Julai 2022 (berumur 68–69)
Kuala Lumpur, Malaysia
Sebab kematianPembengkakan jantung dan paru-paru berair
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Taman Ibukota
PekerjaanPenerbit televisyen
Tahun aktif1973–2022
PasanganRabuzah Aksah
Anak-anak6

Mohd Noor Abdul Kadir (1953 – 29 Julai 2022) merupakan seorang penerbit televisyen Malaysia dan pengasas syarikat penerbitan televisyen, Kuasatek Pictures yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengarah Urusan. Beliau dikenali sebagai pencetus revolusi dalam penghasilan drama komersial di stesen televisyen tempatan dan juga dikenali sebagai "taiko" drama Melayu.