Mohd Ekhwan Toriman
Mohd Ekhwan Toriman PhD (Newcastle) | |
|---|---|
| Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia ke-12 | |
| Dalam jawatan 1 Januari 2021 – 2 Februari 2025 | |
| Didahului oleh | Mohd Hamdi Abd Shukor |
| Timbalan Naib Canselor UKM | |
| Dalam jawatan 2017–2021 | |
| Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia ke-5 | |
| Dalam jawatan 8 Julai 2016 – 30 April 2017 | |
| Didahului oleh | Hazita Azman |
| Digantikan oleh | Mohd Fuad Mat Jali |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 September 1969 Johor Bahru, Johor, Malaysia |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Malaysia (BSc) University of Manchester (MSc) University of Newcastle Upon Tyne (PhD) |
| Pekerjaan | Ahli akademik |
Yang Berbahagia Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan bin Haji Toriman (lahir 11 September 1969) ialah seorang ahli akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ke-12, jawatan yang disandangnya sejak 1 Januari 2021. Beliau merupakan alumni UKM pertama yang dilantik sebagai Naib Canselor UKM. Pada 2 Februari 2025, Mohd Ekhwan mengumumkan beliau meletakkan jawatan atas tuduhan Fitnah dan tohmahan ke atasnya. Pada 12 Februari 2025, Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan bahawa Darjah kebesaran yang diberikan oleh Beliau ditarik balik serta-merta bertujuan untuk menjaga kebesaran dan kehormatan Institusi Diraja di Negeri Sembilan.