Mohd Bakri Omar

Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Panglima
Mohd Bakri Omar
PMN (Malaysia); SPTS (Perak); SSAP (Pahang);
SJMK (Kelantan); SPDK (Sabah); PNBS (Sarawak);
DHMS (Kedah); PGDK (Sabah); JMN, KMN (Malaysia)
Ketua Polis Negara Malaysia ke-7
Dalam jawatan
5 November 2003 – 11 September 2006
MenteriAbdullah Ahmad Badawi
Didahului olehNorian Mai
Digantikan olehMusa Hassan
Maklumat peribadi
Lahir(1948-09-10)10 September 1948
Manjung, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Meninggal dunia10 November 2014(2014-11-10) (umur 66)
Institut Kanser Negara, Kuala Lumpur
Tempat semadiTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur

Allahyarham Tan Sri Dato' Seri Panglima Mohd Bakri bin Haji Omar (10 September 1948 – 10 November 2014) merupakan Ketua Polis Negara Malaysia yang ketujuh dan berkhidmat dari 6 November 2003 hingga 11 September 2006.

Dilahirkan di Manjung, Perak, Bakri memulakan perkhidmatan beliau sebagai Kadet Asisten Superintenden pada 1 Januari 1971, dan seperti kebanyakan pegawai lain, telah menjalani latihan asas kepolisan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL). Beliau menjadi Ketua Polis Kedah pada tahun 1996 dan Ketua Polis Kuala Lumpur pada tahun 1997. Kemudian, pada 2002, beliau dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara. Sewaktu Tan Sri Norian Mai bersara pada 5 November 2003, Bakri dilantik sebagai ganti.

Seperti kesemua Ketua Polis Negara sebelum ini, Bakri juga merupakan lepasan Kolej Diraja Kajian Pertahanan ("Royal College of Defence Studies"), United Kingdom. Beliau juga mempunyai Sarjana Sastera.