Mohammad Khatami

Seyed Mohammad Khatami
Dalam jawatan
2 Ogos 1997 – 3 Ogos 2005
Naib PresidenHassan Habibi (1997 - 2001)
Mohammad Reza Aref (2001 - 2005)
KetuaAyatollah Ali Khamenei
Didahului olehAkbar Hashemi Rafsanjani
Digantikan olehMahmoud Ahmadinejad
Maklumat peribadi
Lahir (1943-09-29) 29 September 1943
Ardakan, Iran
Parti politikPersatuan Ulama Penempur
Laman webSeyyed Mohammad Khatami
Paparan amaran: Page using Template:Infobox officeholder with unknown parameter "religion"

Seyed Mohammad Khātamī (Parsi: سید محمد خاتمی, IPA: [sejjed-mohæmmæd-e xɒːtæmiː]) (lahir 29 September 1943, di Ardakan, Wilayah Yazd) ialah seorang cendekiawan dan ahli politik berbangsa Iran yang pernah berkhidmat selaku Presiden Iran yang kelima mulai 2 Ogos 1997 hingga 3 Ogos 2005. Beliau juga berkhidmat sebagai Menteri Kebudayaan Iran pada 1980-an dan 1990-an.

Khatami menarik perhatian sedunia sewaktu julung kali dipilih menjadi presiden, kerana "walaupun kurang dikenali, namun beliau meraih hampir 70% undi." Khatami pernah berkempen untuk menjanjikan liberalisasi dan pembaharuan kepada negaranya. Sepanjang dua penggal memegang jawatan presiden, Khatami mendukung kebebasan bersuara, masyarakat madani yang penuh toleransi, hubungan diplomatik yang membina dengan negara lain termasuk di Kesatuan Eropah dan Asia, serta dasar ekonomi yang menyokong pasaran bebas dan pelaburan asing.

Khatami juga dibidas kerana gagal mencapai matlamat untuk menjadikan Iran lebih bebas dan demokratik. Dalam sepucuk "surat untuk masa hadapan" setebal 47 halaman, Khatami berkata bahawa kerajaan pimpinannya telah mempertahankan prinsip murni, namun beliau sendiri telah melakukan kesilapan serta menghadapi rintangan dari puak yang kurang bertolak ansur dalam pentadbiran ulama ini.