Mohammad Hamid Ansari
Tuan Yang Terutama Mohammad Hamid Ansari | |
|---|---|
| Naib Presiden India ke-12 | |
| Menyandang jawatan 11 Ogos 2007 | |
| Presiden | Pratibha Patil Pranab Mukherjee Ram Nath Kovind (terpilih) |
| Perdana Menteri | Manmohan Singh Narendra Modi |
| Didahului oleh | Bhairon Singh Shekhawat |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 1 April 1937 Calcutta, Bengal Presidency, British India (sekarang Kolkata, Bengal Barat, India) |
| Kewarganegaraan | India |
| Parti politik | Bebas |
| Pasangan | Salma Ansari |
| Anak | 3 |
| Tempat belajar | Universiti Calcutta Universiti Islam Aligarh St. Edward's School, Shimla |
Mohammad Hamid Ansari (lahir 1 April 1937) ialah Naib Presiden India yang ke-12, juga pengerusi Rajya Sabha. Ansari adalah satu-satunya orang yang dipilih semula untuk jawatan Naib Presiden India selepas Dr. Radhakrishnan. Beliau juga kini berkhidmat sebagai Presiden Institut Pentadbiran Awam India, Canselor Universiti Pondicherry dan Presiden Majlis Hal Ehwal Dunia India.
Ansari bekerja sebagai duta dan berkhidmat sebagai Naib Canselor Universiti Islam Aligarh dari tahun 2000 hingga 2002. Kemudian beliau menjadi Pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan untuk Minoriti dari tahun 2006 hingga 2007. Beliau dipilih sebagai Naib Presiden India pada 10 Ogos 2007 dan memegang jawatan pada 11 Ogos 2007. Beliau telah dipilih semula pada 7 Ogos 2012 dan mengangkat sumpah di hadapan Pranab Mukherjee, Presiden India. Upacara angkat sumpah beliau diadakan di kediaman rasmi Presiden India, Rashtrapati Bhavan pada 11 Ogos 2012.