Mohammad Agus Yusoff
Mohammad Agus Yusoff DIMP (Pahang) | |
|---|---|
| Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti | |
| Dalam jawatan 2 Februari 2023 – 16 November 2023 | |
| Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
| Didahului oleh | Zuraidi Ishak |
| Digantikan oleh | Mohd Khairuddin Othman |
| Profesor Sains Politik Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia | |
| Dalam jawatan 1987–2022 | |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohammad Agus bin Yusoff 11 Julai 1962 Kelantan |
| Tempat belajar |
|
| Pekerjaan | Ahli politik, ahli akademik |
Yang Hormat Prof. Dato' Dr. Mohammad Agus bin Yusoff (lahir 11 Julai 1962) ialah seorang ahli akademik dan ahli politik di Malaysia. Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) bermula 2 Februari 2023 hingga meletak jawatan pada 16 November 2023. Beliau berkhidmat sebagai pensyarah sains politik di Universiti Kebangsaan Malaysia dari 10 September 1985 hingga bersara pada 11 Julai 2022. Selepas bersara, beliau bertugas di Universiti Negeri Gorontalo, Sulawesi Selatan, Indonesia sebagai profesor politik selama enam bulan, sebelum dilantik ke J-KOM.