Mohamed Basir Ahmad

Yang Berbahagia Tan Sri Mohamed Basir Ahmad (1939 – 1 Jun 2014) merupakan tokoh perbankan yang terkenal. Beliau adalah bekas Penasihat Bank Negara Malaysia serta bekas Pengerusi Maybank, sebuah bank yang terbesar di Malaysia. Mohamed Basir adalah suami bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Rafidah Aziz.


Mohamed Basir Ahmad
Kelahiran1939 (1939)
Meninggal dunia1 Jun 2014(2014-06-01) (umur 74–75)
Sebab kematianSerangan jantung
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur
PekerjaanBekas Penasihat Bank Negara Malaysia
Bekas Pengerusi Maybank
Tahun aktif1980–2014
PasanganRafidah Aziz
Anak-anak3

Beliau menjadi Pengerusi Maybank selama 16 tahun, bermula sebagai Pengarah pada 5 Ogos 1993 selepas berkhidmat sebagai Penasihat Bank Negara Malaysia sejak 1980. Selepas beliau, Tan Sri Megat Zaharuddin Megat Mohd Nor telah dilantik sebagai Pengerusi Maybank yang baru mulai 1 Oktober 2009.