Mohamad Sheriff Bin Osman
Mohamad Sheriff bin Osman | |
|---|---|
| Menteri Besar Kedah pertama | |
| Dalam jawatan 1948–1954 | |
| Didahului oleh | tiada |
| Digantikan oleh | Tunku Ismail bin Tunku Yahaya |
| Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman | |
| Dalam jawatan 1932–1948 | |
| Didahului oleh | Tunku Mansor ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah |
| Digantikan oleh | Tunku Ismail bin Tunku Yahaya |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 5 Ogos 1890 Alor Setar, Kedah |
| Meninggal dunia | 27 September 1962 (umur 72) Alor Setar, Kedah |
| Pasangan | Datin Lady Dayangku Noraini binti Pengiran Musa Bolkiah |
Dato' Sir Haji Mohamad Sheriff bin Osman (5 Ogos 1890 - 27 September 1962) ialah Menteri Besar Kedah yang pertama dari tahun 1948 hingga 1954.
Dilahirkan di Seberang Sungai Raja, Alor Star, Sheriff mendapat pendidikannya sehingga darjah 7 di Penang Free School, sebuah sekolah bahasa Inggeris. Pada awal pembabitan beliau dalam pentadbiran, Sheriff pernah dilantik memegang jawatan-jawatan utama dalam Kerajaan Negeri Kedah, antaranya:
- 1910-1912: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri II
- 1912-1914: Pengarah Tanah dan Survei Negeri
- 1915-1917: Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri I
- 1917-1932: Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Ketua Penterjemah/Jurubahasa di Pejabat Penasihat Inggeris Alor Setar
- 1932-1948: Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.
Sheriff dilantik sebagai Menteri Besar Kedah yang pertama pada tahun 1948 hingga tahun 1954.
Memandangkan bahawa kelahiran Sheriff adalah daripada golongan orang kebanyakan di zaman pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang pada masa itu dikuasai oleh golongan-golongan Tunku, Syed, Wan, dan sebagainya, pencapaian Sheriff adalah amat cermelang. Sebagai penghargaan terhadap sumbangan dan jasa baktinya sebagai Menteri Besar Kedah, beliau telah dikurniakan dengan beberapa anugerah, antaranya:
- 'Pingat Perkhidmatan Lama Kedah' oleh KDYMM Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah
- K.B.E. dan C.M.G. daripada Raja British di London
- 'Darjah Kebesaran Merit Kedah' (K.O.M) oleh KDYMM Almarhum Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid.