Mohamad Nuhairi Rahmat
Datuk Mohamad Nuhairi Rahmat merupakan calon Gerakan Tanah Air (GTA) bertanding bagi kerusi Parlimen P9-ALOR SETAR pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15. Beliau menggariskan lima tawaran ‘Alor Setar di hatiku' untuk mengubah wajah bandar raya ini sekiranya diberikan mandat sebagai wakil rakyat dalam PRU15. Bagaimanapun, beliau akhirnya kalah.
Mohamad Nuhairi pernah menjadi Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Alor Setar (September 2018-Mac 2020) dan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Ke-7, Mahathir Mohamad (September 2018-Mac 2020). Beliau juga ialah cucu saudara kepada Mahathir.
Kini Beliau merupakan Ahli Majlis Eksekutif Pusat Parti Pejuang Tanah Air (Julai 2021-kini). Mohamad Nuhairi adalah seorang ahli perniagaan selama lebih 20 tahun.