Mitologi Melayu

Mitologi Melayu merujuk kepada turutan kepercayaan orang Melayu pada zaman dahulu sebelum menguat utuhnya agama Islam dalam kalangan masyarakat tersebut. Kepercayaan ini terhasil daripada pengacukan unsur-unsur animis setempat dan Hindu; malah dengan bertapaknya agama Islam dalam budaya orang Melayu sekalipun, unsur-unsur baharu diperkenalkan ini sekali diterapkan dan tercermin dalam bahasa diucapkan dalam kepercayaan masyarakat luar bandar terutamanya dalam amalan kalangan bomoh, dukun dan pawang selewat-lewatnya pada abad ke-19.

Dokumentasi mengenai kepercayaan lama ini banyak dilakukan pakar antropologi Inggeris menjejakkan kaki di kampung-kampung pedalaman Semenanjung Melayu pada abad ke-19 seperti William George Maxwell, Richard James Wilkinson dan Walter William Skeat; Skeat terutamanya memasyhurkan penyelidikan mengenai bidang ini dalam buku terbitannya Malay Magic ("Sihir Melayu") pada tahun 1900.