Mitigasi perubahan iklim

Mitigasi perubahan iklim terdiri daripada tindakan untuk mengehadkan magnitud atau kadar pemanasan sejagat dan kesan-kesan berkaitan. Ini secara umumnya melibatkan pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) serta aktiviti yang mengurangkan kepekatan karbon dioksida di atmosfera.