Miranda (bulan)

Miranda
Penemuan
Ditemui olehGerard P. Kuiper
Tarikh penemuan16 Februari 1948
Designasi
Nama alternatifUranus V
Ciri-ciri orbit
Paksi semimajor129 390 km
Kesipian0.0013
Tempoh orbit1.413 479 d
Kecondongan4.232° (kepada khatulistiwa Uranus)
Satelit bagiUranus
Ciri-ciri fizikal
Dimensi480×468.4×465.8 km
Min jejari235.8 ± 0.7 km (0.03697 Bumi)
Luas permukaan700 000 km2
Isi padu54 835 000 km3
Jisim6.59 ± 0.75 × 1019 kg (1.103 × 10–5 Bumi)
Min ketumpatan1.20 ± 0.15 g/cm3
Graviti permukaan khatulistiwa0.079 m/s2
Halaju lepas0.193 km/s
Tempoh putaransegerak
Kecondongan paksi
Albedo0.32
Suhu min purata maks
• solstice ? ~60 K 84 ± 1 K
Magnitud ketara15.8

sunting

Miranda adalah yang paling kecil dan paling dalam daripada lima bulan utama Uranus. Ia ditemui oleh Gerard Kuiper pada 16 Februari 1948 di Balai Cerap McDonald. Ia dinamai sempena watak Miranda dari drama Ribut Kencang karya William Shakespeare, oleh Kuiper dalam laporan penemuan beliau.

Setakat ini, gambaran dekat Miranda hanya didatangkan oleh kuar Voyager 2 yang telah melakukan pencerapan terhadap bulan tersebut sewaktu melintas terbang Uranus pada Januari 1986, apabila separuh selatan bulan itu menghadap Matahari, maka hanya bahagian berkenaan yang terkaji. Miranda telah menunjukkan lebih banyak bukti aktiviti geologi lampau daripada mana-mana satelit Uranus yang lain.