Mior Hashim Manap

Mior Hashim Manap
Kelahiran (1955-11-07) 7 November 1955
PekerjaanPelakon, pengarah, penyunting filem, aktivis teater
Tahun aktif1974–kini
PasanganIzzaidah Khairan (k. 1983)
Anak-anak7

Mior Hashim Manap (lahir 7 November 1955) ialah seorang pelakon dan pengarah televisyen dan filem Malaysia. Beliau turut bergiat aktif sebagai penyunting filem dan aktivis teater. Selain itu, beliau juga dikenali kerana kelantangannya menyuarakan pandangannya mengenai perkembangan industri hiburan.