Minyak ikan
Minyak ikan adalah minyak yang diperolehi daripada tisu ikan berminyak. Minyak ini mengandungi asid lemak omega-3 iaitu asid eikosapentaenoik (EPA) dan asid dokosaheksaenoik (DHA), pendahulu kepada eikosanoid tertentu yang diketahui mengurangkan keradangan dalam badan serta memiliki manfaat kesihatan yang lain seperti merawat hipertrigliseridemia, walaupun tuntutan mencegah serangan jantung atau angin ahmar belum disokong. Minyak ikan dan lemak omega-3 telah dikaji dalam konteks pelbagai penyakit lain seperti kemurungan klinkal, keresahan, kanser dan pereputan makula, namun manfaat yang dijangkakan dalam penyakit-penyakit ini belum disahkan.
Lemak omega-3 dalam ikan-ikan sumber sebenarnya tidak dihasilkan secara semula jadi tetapi sebaliknya terkumpul daripada memakan sama ada mikroalga atau ikan mangsa yang telah terkumpul lemak tersebut dengan sendirinya.