Minigan

Mesingan, Kadar tinggi, Kaliber 7.62-mm, M134
JenisMesingan sederhana berputar
Tempat asalAmerika Syarikat
Sejarah perkhidmatan
Dalam perkhidmatan1963–kini
Digunakan olehLihat Pengguna di bawah
Perang
Sejarah pengeluaran
PerekaGeneral Electric
Direka1960
Pengeluar
Dihasilkan1962–kini
AnekaLihat Rekabentuk dan versi di bawah
Spesifikasi
Berat85 lb (39 kg), mod berat ringan 41 lb (19 kg).
Panjang801.6 mm (31.56 in)
Panjang laras558.8 mm (22.00 in)

Kartrij7.62×51mm NATO
Kaliber7.62 mm (0.308 in)
Laras6
Aksibreech putar dipacu elektrik
Kadar tembakanVariable, 2,000–6,000 rpm
Halaju muncung2,800 ft/s (850 m/s)
Jarak tembakan maksimum3,280 ka (1,000 m; 1,090 yd)
Sistem suapanRantai pautan M13 atau suapan tanpa rantai; Bergantung pada pemasangan [500-5,000-butir pada setiap rantai]
PenglihatanBergantung pada pemasangan; tiada pajera kekal

Minigan M134 adalah sebuah mesingan enam laras berputar 7.62×51mm NATO dari Amerika Syarikat yang memiliki kadar tembakan yang tinggi (2,000 hingga 6,000 butir per minit). Ia mempunyai pemasangan laras berputar seperti gaya Gatling dengan sumber kuasa luar, biasanya sebuah motor elektrik. "Mini" dalam namanya merujuk pada perbandingan saiz dalam rekabentuk kaliber yang lebih besar yang mana menggunakan satu rekabentuk laras putar, seperti M61 Vulcan 20 mm buatan General Electric, dan "gan" kerana mengguna amunasi raifal berbanding kelongsong meriam auto.

"Minigan" merujuk pada spesifik model senjata yang asalnya dikeluarkan oleh General Electric, tetapi istilah "minigan" menjadi popular bagi merujuk senjata berputar berkaliber raifal atau sumber kuasa luar. Istilah ini kadang kala juga digunakan untuk merujuk pada senjata yang mempunyai kadar tembakan dan konfigurasi yang sama, tidak tertakluk pada jenis sumber kuasa atau saiz kaliber.

Minigan digunakan dalam beberapa cabang angkatan tentera A.S.. Versi-versi dengan designasi seperti M134 dan XM196 digunakan oleh Tentera Darat Amerika Syarikat, GAU-2/A dan GAU-17/A pula digunakan oleh Tentera Udara Amerika Syarikat dan Tentera Laut Amerika Syarikat.