Mimaland

Mimaland
Lokasi
Koordinat3°17′5.96″N 101°43′22.06″E 
Dibuka1975
Ditutup1994
TemaAir, prasejarah
sunting · sunting di Wikidata

3°17′00″N 101°43′27″E / 3.283458°N 101.724069°E / 3.283458; 101.724069

Mimaland ialah sebuah taman rekreasi terberlangkai di Gombak, Selangor, Malaysia. Dikenali sebagai taman tema pertama di Malaysia, taman tema air ini dibuka pada tahun 1975. Sepanjang beroperasi selama 20 tahun, ia tempat pelancongan yang terkenal. Ia mempunyai tarikan seperti kolam mandi besar, luncur air gergasi, tasik, serta replika patung-patung besar dinosaur dan haiwan. Namun begitu, pada 1994 taman tersebut telah ditutup disebabkan oleh kejadian tanah runtuh berbahaya. Pintu besar dan tapak Mimaland masih wujud sehingga kini.