Militan
Militan (bahasa Inggeris: militant) berasal daripada perkataan Latin "militare" yang bermaksud "untuk berkhidmat sebagai askar". Dalam konteks moden, militan digambarkan sebagai seseorang yang suka berkonfrontasi, tak kira melalui keganasan fizikal atau cara yang aman. Seorang militan boleh jadi terlibat dalam keganasan untuk berjuang apa yang dia percaya menentang penindasan.