Milan Milutinović
Milan Milutinović Милан Милутиновић | |
|---|---|
| Dalam jawatan 29 Disember 1997 – 29 Disember 2002 | |
| Perdana Menteri | Mirko Marjanović Milomir Minić Zoran Đinđić |
| Didahului oleh | Dragan Tomić (Sementara) |
| Digantikan oleh | Nataša Mićić (Sementara) Boris Tadić |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 19 Disember 1942 Belgrade, Serbia (occupied Yugoslavia) |
| Parti politik | Parti Sosialis Serbia |
| Pasangan | Olga Milutinović |
Milan Milutinović (Serbia: Милан Милутиновић), (lahir pada 19 Disember 1942 di Belgrade - 2023), merupakan seorang bekas Presiden Serbia. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Perpustakaan Negara Serbia (1983 - 1988), Duta di Kementerian Persekutuan Hal-Ehwal Luar Negara Yugoslavia ke Yunani, Menteri Persekutuan Hal-Ehwal Luar Negara (1995 - 1998), dan sebagai Presiden Serbia dari tahun 1998 hingga tahun 2002.
Selepas tempoh jawatan Presiden beliau tamat pada Disember 2002, beliau menyerah diri kepada Pengadilan Penjenayahan Antarabangsa bagi Bekas Yugoslavia di mana beliau didakwa atas penjenayahan peperangan. Beliau didapati tidak berdosa bagi semua dakwaan pada 26 Februari 2009.