Mil Mi-24

Mi-24 / Mi-25 / Mi-35
Mi-24PN Rusia
Peranan Helikopter penyerang
Pengeluar Mil
Penerbangan sulung 1969
Diperkenalkan 1972
Status Aktif
Pengguna utama Tentera Udara Rusia
50 pengguna lain (lihat pengguna)
Jumlah dibina 2000 (anggaran)
Dibangunkan dari Mil Mi-8
Kelainan Mil Mi-28

Mil Mi-24 (Cyrillic Миль Ми-24, nama pengenalan NATO "Hind") adalah sebuah helikopter bersenjata besar dan pengangkut anggota berkapasiti rendah yang dikeluarkan oleh Mil Moscow Helicopter Plant dan digunakan sejak tahun 1972 oleh Tentera Udara Soviet, Rusia dan lebih 30 buah negara-negara lain di seluruh dunia. Pada Oktober 2007, Tentera Udara Rusia telah mengumumkan akan mengantikan 250 buah helikopter bersenjata Mi-24 dengan 300 buah helikopter Mi-28 yang lebih moden dan mungkin juga dengan Ka-50 bermula 2015.

Di negara NATO versi-versi eksport seperti, Mi-25 dan Mi-35, secara ringkasnya masing-masing dekenali sebagai "Hind D" dan "Hind E". Juruterbang Soviet memanggil helikopter ini летающий танк (letayushchiy tank, “kereta kebal terbang”). Nama gelaran biasa tak rasmi yang lain adalah Крокодил (Krokodil, “Buaya”), disebabkan warna penyamaran barunya dan Стакан (Stakan, “Kaca”), kerana kepingan kaca rata yang mengelilingi tiga bahagian kokpit pada helikopter versi Hind A.