Mikoyan-Gurevich MiG-19
| MiG-19 | |
|---|---|
| Peranan | Fighter |
| Pengeluar | Mikoyan-Gurevich OKB |
| Penerbangan sulung | 18 September 1953 |
| Diperkenalkan | Mac 1955 |
| Dihentikan | Kesatuan Soviet (1989) Republik Rakyat China (2010) |
| Status | Hanya beberapa buah masih digunakan |
| Pengguna utama | Tentera Udara Soviet Tentera Udara Pembebasan Rakyat China |
| Jumlah dibina | 2,172 (tidak termasuk China) |
| Kelainan | Shenyang J-6 Nanchang Q-5 |
Mikoyan-Gurevich MiG-19 (Rusia: Микоян и Гуревич МиГ-19) (nama pengenalan NATO "Farmer") merupakan sebuah pesawat pejuang satu tempat duduk, generasi kedua Soviet. Ia merupakan pesawat pengeluaran pertama Soviet yang mampu mencapai kelajuan supersonik dalam penerbangan mendatar. Pesawat pejuang setanding yang dikeluarkan dalam "Siri Century" Amerika Syarikat adalah F-100 Super Sabre, meskipun begitu pesawat ini telah menentang pesawat pejuang F-4 Phantom dan F-105 Thunderchief yang lebih moden semasa Perang Vietnam.