Midas
Raja Midas (Yunani: Μίδας) merupakan seorang watak paling terkenal dalam mitologi Yunani putera kepada Gordias. dia diceritakan terkenal kerana kebolehannya mengubah segala yang disentuhnya menjadi emas (dipanggil sentuhan emas - golden touch - atau sentuhan Midas, Midas touch); raja ini dikatakan mati kelaparan akibat "doa sia-sia" mendapatkan kuasa ini, seperti yang diceritakan Aristoteles. Tokoh cerita ini juga dikatakan merupakan pengasas kota purba Ánkyra duluan kepada Ankara menurut Pausanias.
Latar cerita berkaitan raja ini dipercayai pada alaf ke-2 sebelum Masihi jauh sebelum Perang Troya; walau bagaimanapun, Homeros lebih menyebut dua raja Frigia yang lain, Mygdon dan Otreus yang berada pada latar zaman yang sama.