Mickey Mouse (siri TV)

Mickey Mouse
GenreComedy
Slapstick
Berdasarkan daripada
Mickey Mouse oleh
Walt Disney
Ub Iwerks
Dibangunkan oleh
Paul Rudish
Pelakon suara
PenggubahChristopher Willis
Negara asalAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bilangan musim5
Bilangan episod96 + 2 tayangan khas (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifPaul Rudish
Tempoh siaran4 minit
Syarikat penerbitan
Disney Television Animation
Syarikat pengedaran
Disney–ABC Domestic Television
Penyiaran
Saluran asalDisney Channel
Format gambar
Format audioDolby Digital 5.1
Siaran asal28 Jun 2013 (2013-06-28) – 20 Julai 2019
Pautan luar
Laman sesawang

Mickey Mouse ialah sebuah siri animasi televisyen Amerika Syarikat yang diterbitkan oleh Disney Television Animation. Dengan menonjolkan watak-watak kartun Disney Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck, Daisy Duck, Goofy, dan Pluto dalam latar masa zaman sekarang seperti Paris, Venice, Tokyo, dan New York, siri ini mempunyai rasa slapstick daripada tayangan-tayangan singkat Mickey Mouse yang lebih awal sementara menyediakan kemas kini moden dengan kegunaan meluas Toon Boom dan animasi Flash, dan "mempersembahkan Mickey dalam pelbagai situasi jenaka yang menunjukkan keberaniannya dan kenakalannya, bersama dengan daya tarikan tersayangnya dan kebaikannya". Animasinya disediakan oleh Mercury Filmworks.

Siri ini dibangunkan dan diterbitkan secara eksekutif oleh seniman pemenang Anugerah Emmy Paul Rudish, yang merupakan pencipta bersama bagi siri televisyen Cartoon Network Sym-Bionic Titan dan juga merupakan pengarah menyelia siri, sementara Joseph Holt merupakan pengarah seni siri. Pada 15 September 2013, Paul Rudish, Jenny Gase-Baker, dan Joseph Holt memenangi tiga Anugerah Emmy atas kerja mereka terhadap siri ini.

Episod ketiga, "Croissant de Triomphe", dikeluarkan pertama kali sebagai pratayang khas pada 12 Mac 2013, di Disney.com. Siri ini ditayangkan pertama kali secara rasmi pada 28 Jun 2013 di Disney Channel, diikuti oleh keluaran di Disney.com dan di Watch Disney Channel. Sejumlah 18 buah episod disiarkan dalam musim pertama sementara musim kedua, yang ditayangkan pertama kali pada 11 April 2014, terdiri daripada 19 buah episod. Musim ketiga ditayangkan pertama kali pada 17 Julai 2015 dengan 20 episod yang disiarkan. Musim keempat pula ditayangkan pertama kali pada 9 Jun 2017 dengan 19 buah episod yang disiarkan. Musim kelima ditayangkan pertama kali pada 6 Oktober 2018.