Michishige Sayumi
Michishige Sayumi | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Juga dikenali sebagai | Sayumin, Shige-san, Sayu, Shige-pink |
| Kelahiran | 13 Julai 1989 Ube |
| Warganegara | Jepun |
| Genre | Japanese pop |
| Pekerjaan | Penyanyi, tarento (en) , idola Jepun, penyampai radio dan pelakon |
| Alat muzik | Suara |
| Tahun aktif | 2003 |
| Diskografi | Lihat: Sayumi Michishige discography (en) |
| Syarikat rakaman | Zetima |
| Anggota bagi | Morning Musume (2003–2014) |
| Kegiatan berkaitan | Morning Musume, Otomegumi, Ecomoni, H.P. All Stars |
| Pautan berkaitan | |
| Tapak sesawang | sayuminglandoll.com |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Michishige Sayumi (道重 さゆみ, lahir pada 13 Julai,1989 di Ube,Yamaguchi,Jepun) ialah anggota generasi keenam kumpulan J-Pop, Morning Musume.Dia menyertai Morning Musume pada tahun 2003 bersama-sama Kamei Eri, Fujimoto Miki dan Tanaka Reina.
Michishige juga dimasukkan dalam unit Hello! Project, Ecomoni, bersama bekas anggota Morning Musume, Ishikawa Rika. Selepas Michishige melepasi uji bakat untuk menyertai Morning Musume, Tsunku, penerbit Morning Musume, berkata nyanyiannya adalah lemah. Selepas sesi uji bakat, Michishige mengambil kelas vokal.
Dia menggambarkan dirinya dalam rancangan televisyen, sebagai anggota kumpulan yang paling comel dalam Morning Musume dan mengatakan kecomelannya menenggelamkan kelemahan suaranya. Di dalam siaran teater Hello! Morning, dia amat terkenal dengan melakonkan watak "Ichiban Kawaii" ataupun Yang Paling Comel.
Dia juga terkenal dengan gaya "Usa-chan Peace" iaitu gaya seperti telinga arnab dimana jari telunjuk dan jari tengah dibentuk seperti "V" dan diletak di sebelah kedua-dua belah telinganya.