Michelle Lujan Grisham
Michelle Lynn Lujan Grisham (/ˈluːhɑːn ˈɡrɪʃəm/; lahir 24 Oktober 1959) ialah seorang peguam dan ahli politik Amerika Syarikat yang berkhidmat sebagai Gabenor New Mexico ke-32. Beliau menjadi ahli kongres Amerika Serikat dari 2013 hingga 2018. Pada 6 November 2018, beliau menjadi wanita Parti Demokrat pertama yang terpilih menjadi gabenor New Mexico, serta orang Latina Parti Demokrat pertama yang terpilih menjadi ketua eksekutif dalam sejarah Amerika Syarikat.