Mia Mottley

Mia Mottley
QC MP, EGH, OR
Perdana Menteri Barbados
Menyandang jawatan
25 Mei 2018
RajaElizabeth II (hingga 2021)
PresidenSandra Mason (sejak 2021)
Gabenor AgungSandra Mason (hingga 2021)
TimbalanSantia Bradshaw (sejak 2022)
Didahului olehFreundel Stuart
Pemimpin Pembangkang
Dalam jawatan
26 Februari 2013 – 25 Mei 2018
Perdana MenteriFreundel Stuart
Didahului olehOwen Arthur
Digantikan olehJoseph Atherley
Dalam jawatan
7 Februari 2008 – 18 Oktober 2010
Perdana MenteriDavid Thompson
Didahului olehDavid Thompson
Digantikan olehOwen Arthur
Ahli Parlimen
for Saint Michael Timur Laut
Menyandang jawatan
6 September 1994
Didahului olehLeroy Brathwaite
Maklumat peribadi
Lahir (1965-10-01) 1 Oktober 1965
Barbados
Parti politikParti Buruh Barbados
KediamanIlaro Court (2018–sekarang)
Tempat belajarQueen's College (Barbados)
London School of Economics (Law degree)

Mia Amor Mottley QC, MP, EGH, OR (lahir 1 Oktober 1965) ialah ahli politik dan wakil Barbados yang sekarang Perdana Menteri Barbados dan pemimpin Parti Buruh Barbados (BLP). Mottley ialah orang kelapan untuk memegang jawatan Perdana Menteri di Barbados dan wanita pertama memegang jawatan tersebut.

Mottley telah menjadi Ahli Parlimen untuk kawasan pilihan raya Saint Michael Timur Laut sejak tahun 1994. Dari tahun 1994 hingga 2008, beliau memegang portfolio menteri berturut-turut termasuk jawatan Peguam Negara Barbados menjadi wanita pertama dilantik. Beliau juga ahli Dialog Antara Amerika.

Mottley dua kali menjadi Pemimpin Pembangkang di Dewan Perhimpunan Barbados kali pertama dari tahun 2008 hingga 2010 kemudian dari tahun 2013 hingga 2018. Pada tahun 2018, BLP pimpinan Mottley memenangi kejayaan kemenangan besar yang bersejarah dalam pilihan raya umum 24 Mei, mendapat semua 30 kerusi dalam Dewan—menjadikan mereka parti pertama mencapai kejayaan hasil yang mengagumkan ini—tambahan dengan memenangi 72.8% undian popular, yang merupakan kongsian tertinggi dicapai oleh sesebuah parti dalam pilihan raya umum.