Mikoyan MiG-31
| MiG-31 | |
|---|---|
| Peranan | Pesawat pemintas |
| Pengeluar | Mikoyan |
| Penerbangan sulung | 16 September 1975 |
| Diperkenalkan | 1982 |
| Status | Aktif |
| Pengguna utama | Tentera Udara Rusia Tentera Udara Kazakhstan Tentera Udara Syria |
| Jumlah dibina | 500 |
| Kos seunit | AS$57-60 juta |
| Dibangunkan dari | MiG-25 |
Mikoyan MiG-31 (Rusia: МиГ-31 (nama pengenalan NATO "Foxhound") merupakan sebuah pesawat pemintas berkelajuan supersonik yang dibangunkan untuk mengantikan pesawat MiG-25 'Foxbat'. Direka oleh Mikoyan, MiG-31 adalah sebuah pesawat pemintas termaju yang digunakan oleh Kesatuan Soviet sebelum pembubarannya. MiG-31 dibina bagi mempertahankan ruang udara Siberia.