Mikoyan MiG-29
| MiG-29 | |
|---|---|
|
| |
| Peranan | Pesawat Tempur Pelbagai Peranan |
| Negara pengeluar | Kesatuan Soviet Rusia |
| Pengeluar | Mikoyan |
| Penerbangan sulung | 6 Oktober 1977 |
| Diperkenalkan | Julai 1982 |
| Status | Aktif |
| Pengguna utama | Tentera Udara Rusia Tentera Udara Ukraine Tentera Udara Algeria Tentera Udara India |
| Dikeluarkan | 1982-kini |
| Jumlah dibina | 1,600+ |
| Kos seunit | AS$11 juta (MiG-29B, 1984, 1999) AS$29 juta (kos purata, 2009) |
| Kelainan | Mikoyan MiG-29M Mikoyan MiG-29K Mikoyan MiG-35 |
Mikoyan MiG-29 (Rusia: Микоян МиГ-29) adalah sebuah pesawat pejuang generasi ke-4 yang direka sebagai sebuah pesawat untuk peranan penguasaan udara dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet. Dibangunkan pada tahun 1970-an oleh Biro Rekabentuk Mikoyan , pesawat ini kemudian memasuki perkhidmatan dengan Tentera Udara Kesatuan Soviet pada tahun 1982, dan masih digunakan oleh Tentera Udara Rusia dan negara-negara lain sehingga sekarang. Nama pengenalan NATO bagi MiG-29 adalah "Fulcrum", yang mana secara tidak rasmi turut digunakan oleh juruterbang Soviet. Pesawat ini pada asasnya dibina bagi menentang ancaman pesawat pejuang baru A.S seperti F-16 Fighting Falcon dan F/A-18 Hornet.